Wednesday, September 17, 2008
Masih Relevankah Keris...???
Acapkali di kalangan pencinta keris, sering dimomokkan dengan kata2 sinis dari para skeptik dari kalangan Melayu juga - zaman ni org tak pakai keris lagi, pakai senapang, pistol sekali petik berceporan lari orang yang pegang keris...... Kadangkala masuk akal juga kata2 itu, tetapi jika dikaji dari sudut seni, budaya bahkan praktikalitinya, maka mampu saja kita menjawab, jikalau mau.Kita mengumpul keris dan senjata purba lain bukan sekadar utk digunakan sebagaimana yg telah tercetak di minda para skeptik ini, iaitu semata-mata senjata tikam. Skeptik lain pula ramai yg mengatakan barang2 itu sebagai berpuaka - sempit sungguh pandangan orang2 semacam ini, termasuk yang mendakwa kononnya berilmu tinggi dalam bidang agama. Termasuk Tn Emjay:Mengapa tidak dikaji sejarahnya, teknologinya, seni budayanya, falsafahnya dan sudut penggunaan praktikalitinya??Kali ini saya cuma ingin menulis mengenai sudut praktikaliti senjata andalan seperti keris kerana dari sudut2 lain telah banyak ditulis sebelum ini. Cuma minda2 jumud yang masih tidak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Cerita ini berkisar dari pengalaman saya sendiri supaya sama2 dapat dikongsi - jika buruk, jadikan sempadan, jika bermanafaat, jadikanlah teladan.Tahun 2003, saya tinggal di pinggir bandar KL, iaitu di Selayang, satu kawasan yang terkenal dengan pasar borongnya. Saya tinggal di sebuah rumah teres yang dikapit oleh dua peniaga berbangsa Cina yang merupakan peniaga di pasar borong. Umum mengetahui betapa kasar dan "uneducatednya" kebanyakan peniaga & pekerja pasar borong yg terdiri dari peniaga sayuran, ikan, daging dsb baik dari segi percakapan atau perbuatan. Pergaduhan sesama mereka (terutama pekerja dari Myanmar, Burma, Indonesia, Bangladesh dll) memang kerap berlaku. Setakat berita ada orang kena tetak dan tikam adalah perkara yang amat lazim. Mereka ini boleh dikatakan "fighter" yang tegar......Nak dijadikan cerita, jiran saya di Selayang itu membela beberapa ekor anjing yang pada pendapat saya tidak berlesen, tidak dikawal (dgn leash) dan dibenarkan bebas berkeliaran. Kalau tak salah ada 5 ekor anjing kepunyaannya. Sudah beberapa kali telah saya beritahu kpd jiran saya ini agar mengawal anjing2nya supaya tidak menyalak tak kira masa, mengejar dan mengganggu pejalan kaki, dan yang paling menyakitkan hati ialah menyusup melalui bawah pintu pagar rumah saya lalu membuang najis di porch rumah saya. Namun, jiran saya ini buat-buat bodoh atau tuli.Suatu malam, ketika balik dari kerja, selepas meletak kereta di bahagian porch rumah, dengan kelam kabut saya mahu masuk ke rumah. Maklumlah, selepas seharian bekerja, rindu tak tertanggung terhadap anak2 dan isteri. Malang tidak berbau, saya telah terpijak "booby trap" hasil dari sumber asli anjing2 jiran saya itu. Apalagi, menagamuk dan menyumpah seranah sakanlah saya. Bayang anjing2 tu pulak tak nampak, mungkin sedang "meronda" di kawasan perumahan. Dendam kesumat saya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dengan berbekalkan sebatang kayu sepanjang hampir 2 meter, saya segera mencari anjing2 jiran yg mungkin terlibat dalam memasang "booby trap" tersebut. Saya terserempak dengan 2 ekor anjingnya yang kebetulan cuba menggertak saya dengan menyalak & menderam. Tanpa banyak soal saya terus membantai salah satu anjing tersebut dgn kayu - bertubi2 sementara yang seekor lagi melarikan diri. Teruk saya bantai anjing itu - terus mampus. Jiran2 yg lain nampak kejadian tersebut, dikalangan Melayu memang sokong 1000%, dan yang berbangsa Cina & India tak kurang juga yg meyokong kerana selama ini mereka juga turut menjadi mangsa "booby trap".Malam itu, kurang lebih jam 11, saya terdengar orang menjerit2 perkataan "Woi, Melayu bodoh, kalau lu tak keluar saya kasi pecah lu punya pintu...." sambil menggegarkan pintu pagar saya. Saya jenguk melalui tingkap rumah, dan saya nampak jiran saya itu bersama anak lelakinya (rasanya dlm usia 20an) cuba memecah masuk pintu pagar rumah sambil kedua-duanya memegang parang, seperti model martindale machet. Isteri saya sudah panik dan ketakutan, saya pun sama, cuma tak boleh tunjuk muka takut depan isteri. Kami berdua lantaran panik, tidak pula teringat hendak menelefon Polis. Cuma yang saya ingat saya berkata separuh berbisik kpd isteri... "Yang, ambikkan keris I tu......".Dengan keris Bugis Lok 7 yg sudah siap terhunus saya bukak pintu rumah walaupun isteri merayu supaya jangan keluar. Elok sahaja saya berhadapan dgn mereka yg masih berada di luar pagar rumah, keris saya angkat tinggi dan menanya.... "Apa lu mau.... Lu mau inikah". Apa yang terjadi selepas itu memang memeranjatkan saya. Kedua-dua samseng pasar borong itu terus cabut lari balik rumah. Saya sangkakan mereka mau memanggil lebih ramai lagi konco2 utk menyerbu, tetapi rumah mereka terus ditutup rapat. Saya telefon seorang sahabat akrab saya yang kemudiannya tiba 20 minit kemudian, siap dengan sundang pendeknya...... Tetapi malangnya, tiada apa2 yang berlaku selepas itu.Nah.... Itu satu contoh praktikaliti keris.... kalaulah saya keluar dengan parang malam itu, rasanya saya tidak akan mampu menulis cerita ini di multiply, atau lebih buruk lagi, tiada di kalangan bloggers multiply yang pernah dengar nama "Harizant", atau forumers di harmoni mendengar nama "Jakasombong", atau di Vikingsword mendengar nama "PenangsangII".
Dolak daleh Pengaku Keturunan Hebat
3 bulan yang lepas, tanpa saya sendiri sangka2, ayahanda saya mengajak saya sekeluarga ke Kudus, Jawa Tengah untuk menjenguk sedara mara sebelah bapanya. Sebelum ini pernah saya ikut beliau ke Ujung Pandang, Sulawesi bagi menziarahi kaum keluarga sebelah ibunya.Sesampainya kami sekeluarga di sana maka bermulalah episod2 yg agak menjemukan, sebagaimana yg saya telah agak dari mula lagi. Ialah, sepupu ayahanda saya mentadbir satu pesantren yg sememangnya mendapat pembiayaan dana dari ayahanda saya itu. Hiburan yg ada cumalah pengajian2 ilmu usuluddin, Fiqh, usul fiqh, bahasa Arab, Ayat & Hadis dll yg sewaktu dgnnya.Saya agak bernasib baik kerana salah seorang murid pesantren bersetuju utk menjadi pemandu pelancong, namun yg menjadi masalahnya, rata2 murid pesantren sebenarnya tidak berpeluang ke kawasan2 pelancongan, mahu pun ke bandar yg berdekatan. Masalahnya cuma satu - ketidakcukupan biaya. Bahkan, untuk pergi ke bandar Semarang, Jateng, setahun sekali pun masih belum tentu bagi mereka ini.Terpaksalah saya hanya berpuashati melawat Mesjid Agung Demak di Kadilangu. Di masjid tersebut secara kebetulan pemandu pelancong saya terserempak dgn pamannya, yang mendakwa mempunyai talian langsung dgn Pangeran Diponegoro. Macam biasa, apabila mendengar nama tokoh2 pahlawan silam, sebagai peminat keris, saya lantas bertanya mengenai keris Pangeran Diponegoro. Entah apa yg melorong pamannya itu, tiba2 beliau mengajak kami berdua ke rumahnya yg terletak kira2 3 KM dari Masjid Demak itu.Ketika berada di rumahnya, paman pemandu pelancong saya itu masuk sebentar ke satu bilik khas, dan keluar kira2 5 minit kemudian dgn membawa sebilah keris yg masih berada di dalam singepnya. Masyaallah, sebaik sahaja keris tersebut dikeluarkan dari singepnya, tetapi masih berada dlm warangkanya - tiba2 berdiri tegak segala bulu roma, dgn rasa sejuk bercampur baur panas, rasanya adrenalin rush semuanya menuju ke kepala. Keris tersebut bersarung ala gayaman, dgn hulu mungkin jenis yudawinatan. Melihat keadaan saya tersebut, paman kpd murid pesantren yg menjadi pemandu pelancong saya, tiba2 tunduk berteleku, seraya mengingsut mendekati saya sambil kedua2 tangannya membopong keris Pangeran Diponegoro itu. "Raden, inilah keris leluhurmu yg menjadi amanah kepada ku sehingga di suatu saat titisan Kanjeng Pangeran akan kembali menuntutnya...."Saya jadi bungkam...dengan terketar2 (perasaan bercampur baur, antara gembira, terkejut, takut, berbelah bagi....) saya menyambut keris tersebut. Tidak saya menduga perjalanan ke Tanah Jawa pada kali ini membutuhkan satu cerita yg selama ini terpendam.........HEHEHEHE.......2 perenggan yg terakhir itu sebenarnya khayalan saya shj...... Saja layan2 org perasan konon keturunan tokoh2 hebat.....
Silat Melayu
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini, kerana maklum sahajalah, kesibukan tugas dan juga sibuk "mencelah" di situs2 kawan2. Baru-baru ini juga tercetus semacam perdebatan mengenai adat & adab budaya Melayu, secara spesifiknya mengenai adab sembah pengantin. Dari dahulu saya sering melihat silat Melayu dalam ertikata keefektifannya dalam pertempuran, tanpa mengira aspek adab dan adat istiadat Melayu yang segalanya mempunyai falsafah. Sering sahaja saya tertarik dengan permainan tempur yang hebat, sehinggalah seorang sahabat menjelaskan bahawa adab Melayu mesti seiring dengan silat - agar dapat difahami falsafah budaya Melayu yang sebenarnya. Dan dalam usaha utk memahami falsafah disebalik adat & adab Melayu ini, kenalah mencari guru (termasuk buku2 rujukan, seminar dsb).Rasanya, diri ini masih terlalu lemah dan bodoh dlm memahami falsafah Melayu (apalagi falsafah Jawa yang dikatakan lebih rumit lagi). Mungkin kerana tidak didedahkan peradaban dan budaya Melayu ini dengan cara yang sebenar-benarnya. Mungkin tidak sempat mempelajarinya, atau tidak dilorongkan hati pada suatu masa dahulu untuk mengkajinya. Pastinya bukan saya seorang yang tidak tahu akan kehebatan falsafah Melayu ini, bahkan ramai lagi di luar sana yang bergelar atau mengaku Melayu, tetapi tidak pernah terfikir untuk mendalami adat budaya Melayu yang tulen.Pada hari Jumaat lepas (malam Sabtu), kebetulan semasa latihan silat di gelanggang Lok 9 di Sungai Buloh, kami dikejutkan dengan kedatangan pesilat-pesilat dari Belanda. Bukan terkejut dengan kehadiran mereka yang telah diberitahu sebelum ini, tetapi terkejut melihat semangat dan kegigihan mereka mempelajari tradisi permainan keris Melayu. Mereka lengkap berpakaian bak hulubalang Melayu, siap bersampin dengan keris tersisip kemas dan bertanjak. Sayangnya tiada gambar untuk tatapan di sini kerana bro Anakcurra sibuk mengambil gambar2 bagi pihak Cikgu Azlan dan wakil Belanda itu, jadi tak dapatlah beliau mengambil gambar2 bagi pihak saya.........Moralnya, kalau orang Eropah begitu beriya-iya mempelajari budaya Melayu, mengapa pula anak2 muda Melayu terlalu beriya-iya mengagungkan budaya rempit, hip-hop, akademi fantasia, jom heboh dsb. Dimana salahnya sistem pembelajaran kita ini baik di rumah atau di sekolah??? Dahulu saya pun remaja juga dan meminati hard rock groups spt Deep Purple, Pink Floyd, Irom Maiden, Bob Dylan dsb, tetapi rasanya tidak sefanatik anak2 muda sekarang yang rata2 buta adat budaya Melayu.Bukan untuk menuding jari, tetapi rasanya perlu satu sistem pembelajaran mengenai budaya seiring dengan mata pelajaran akademik. Mungkin aspek pembelajaran ini boleh diselitkan sebagai ko-kurikulum wajib utk anak2 kita? Mungkin ada pula yang tidak bersetuju kerana berpendapat baik kita tumpukan matapelajaran agama / fardu ain? Pada saya, pelajaran agama dan budaya itu sama penting dalam membenteras budaya kurang sihat di kalangan remaja. Agama adalah utk amalan bagi membentuk sahsiah terbaik seseorang individu, sementara budaya pula adalah identiti sesuatu bangsa itu. Jangan pula suatu masa nanti anak cucu kita terpaksa mempelajari budaya sendiri dari orang asing, atau mempelajari permainan keris dari orang Eropah.....
Pedagang Keris
Saya orang KL, maka semasa hendak mencari keris untuk dipinang, di KL jugak lah bermulanya pencarian. Diawal pembabitan menyimpan keris, tujuan utamanya tentulah sebagai senjata cum sipat kandel. maklumlah, ketika itu, nature of work amat mencabar sekali.Keris pertama saya beli ialah sebilah keris lok 7, buatan Kelantan (keris baru) yg dijual di Central Market. Oleh kerana pertama kali membeli sebilah keris di kedai, maka sudah tentu awal2 lagi saya dah kena sembelih. Sebilah keris baru kategori kodian lok 7 dgn mata sepanjang lebih kurang 8 inchi saya beli dgn harga RM 500.00. Tanpa bimbingan samada rakan atau guru, saya terbeli keris yang hanya selayaknya digunakan oleh Mak Andam. Bila dah tau, saya larungkan aje di gaung sebelah rumah di Bkt Tunku. Sebenarnya perkataan larung kurang sesuai, kerana pada masa tersebut, oleh kerana panik dan takut melihat pocong terlompat2 di atas daun pokok pisang, maka keris dlm genggaman saya lontarkan kearah objek yang disangka pocong itu. Pocong pun menghilang, keris pun sama ghaib. Tak berani saya turun ke gaung separa hutan itu semata-mata hendak mencari keris itu semula.Keris kedua pula adalah hasil dari tempahan berdasarkan rekabentuk yang saya cipta sendiri. Oleh kerana buta keris, reka bentuk tersebut bolehlah dikategorikan sebagai "keris like object" kerana dibahagian pangkal mata keris tiada berganja, tiada greneng, atau perabut lain. Bentuknya seakan-akan dapor sepang. Harga yang saya bayar sebanyak RM 400.00 namun akhirnya seorang hamba Allah membelinya pula dari saya dengan harga RM 100.00. Itupun dah kira cukup baik punya harga.Selepas 2 bilah keris yang saya anggap merugikan, saya tertumpu kepada senjata-senjata lainnya. Payah benar nak main keris, jadi saya tumpukan pulak pada tumbuk lada, siwah dan badik. Kata orang kira playsafe la tu. Entah macammana, akhirnya minat terhadap senjata tradisi hilang begitu sahaja selepas saya berhenti kerja dalam bidang pembinaan. Minat pergi kat lain pulak......minat sarung keris je, banyak juga koleksinya....Selepas mendapat rezeki di sebuah institusi pengajian tinggi, dimana segala kemudahan internet disediakan secara otomatik, minat terhadap keris timbul semula hasil dari melayari websites seperti Malay Art Gallery dan Pak Hidayat. Pembabitan secara langsung dalam forum2 seperti Kampungnet dan Vikingsword menambah lagi minat tersebut. Walaupun masih tertipu beberapa kali walaupun setelah mempelajari sedikit sebanyak ilmu keris, saya tidak jeran. Maklum saja lah, pedagang keris pun nak untung jugak, jadi temberang kelentong segala kadang membawa duka. Namun, ingin saya ucapkan syabas & terima kasih kepada saudara Adni - 2 bilah yang dibeli dari beliau merupakan authentik. Ada jugak saya ke Amcorp Mall pada hari Ahad. Ada beberapa bilah saya beli di sana termasuk dari seseorang yang mendakwa hebat dalam keris Melayu.....kena tipu jugak....heran betullah saya terhadap orang yang saya sangka tinggi ilmunya dan jujur pula, sanggup menjual sebilah keris kodian (buatan Madura agaknya walaupun mirip kpd keris Bugis) dgn harga RM 1,500.00. Penjual-penjual yang lain di situ pun 2 x 5 sahaja. Kalau setakat nak tengok2 je di Amcorp tu boleh lah, nak beli, kena berhati-hati. Rasanya tak sampai 20% keris2 yang dijual benar2 authentic antique.Ada jugak sesetengah rakan sendiri menjadi pedagang sambilan atau broker keris-keris yang boleh dikategorikan sebagai authentic. Tapi, untung nak lebih gila2. "Ko ingat aku cop duit ko?" Bila tak jadi beli, atau banyak tanya, dgn tiba2 sahaja hubungan sebagai sahabat menjadi renggang. Dan yang paling kelakar sekali, adalah seorang pedagang keris itu bila kita approach je, terus bermati-matian mengutuk keris Jawa, dan kononnya menggalakkan saya (atau pembeli lain) agar menjunjung keris Melayu. Kok ye pun, tanya la dulu dgn sapa dia bercakap - tak aleh2, orang yang berada di depannya dari keturunan Jawa walaupun ada IC Malaysia. Tak ke malu sendiri tu, ihihihih. Kemudian tiba2 je dia promote pulak satu keris Jawa yang boleh didirikan, sebagai keris yang amat direkomendasikan. Ini masalah mental multiple personality ke apa? Ada macam2 lagi cerita mengenai pedagang keris ini, insyallah saya sambung lagi jika ada rezeki masa. Akirul kalam, Wassalamu Alaikum WBRTH
Corat Coret
Bila kita cerita mengenai pedagang keris ni, macam-macam cerita boleh kita dengar. Pengalaman saya sendiri masa mula-mula menyimpan keris ni, lebih banyak pahit daripada yang manis.Tahun 1997, pada masa tersebut saya berkerja di sektor 'Property Management' dan juga pembinaan sebagai Pegawai Keselamatan & Pentadbiran. Yang paling mencabar ialah semasa menjadi Head of Dept (Security & Admin) semasa pembukaan sebuah bandar, iaitu Bandar Tasik Putri, Rawang. Kawasan tersebut asalnya estet kelapa sawit, kandang babi dan dikelilingi oleh beberapa kampung - kampung baru Cina, dan kampung tradisi Melayu. Di dalam kawasan estet pula, majoriti penduduknya adalah India. Terdapat juga kaum Sikh dan orang Asli mendiami kawasan tersebut.Harta benda yang terpaksa dilindungi pula dari jenis mesin-mesin, bahan pembinaan dan fixed asset yang lainnya. Ancaman rompak, paw, curi, rogol, bunuh dsb sudah menjadi rutin harian para anggota keselamatan, yang rata-rata terdiri dari penduduk kawasan sekitar dan bekas anggota tentera. Setiap anggota keselamatan pula, saya "galakkan" membawa senjata tajam menggantikan kayu cota. Tempahan senjata pula dibuat di Sungai Buaya dengan seorang tukang parang - biasanya parang atau golok. Saya sendiri pula menggunakan badik & lawi ayam (badik disimpan di dalam 4x4 bersama golok). Jumlah keseluruhan anggota di bawah tanggungjawab saya seramai lebih 40 orang, disamping "private army" dari kalangan bangsa Flores lengkap bersenjata buatan sendiri, seramai 200 orang yang boleh digerakkan pada bila-bila masa. Jumlah keseluruhan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dsb. seramai lebih kurang 3000 orang. Bayangkan menangani masalah mereka ini yang bukan sahaja boleh bergaduh antara satu sama lain, bahkan sesama sendiri.Ancaman lain pula ialah dari gangster-gangster mesin judi, pelacuran dan perlindungan. Ada diantara mereka pula yang bersenjata api. Masa itu, kalau hati tak kering, jawabnya memang kena berhenti kerja. Namun, alhamdulillah, tiada masalah besar yang berlaku, dan saya masih hidup untuk menceritakan kisah ini.Pada masa tersebutlah, saya merasakan tenaga fizikal dan bantuan dari anggota keselamatan masih belum cukup. Terpaksa juga mengharapkan doa kepada Allah SWT disamping bantuan dari pihak lain - senjata yang ampuh, zahir dan batin. Untuk tujuan ini, badik sahaja masih jauh dari mencukupi, maka terpaksa mencari senjata sipat kandel dalam ertikata yang sebenarnya, iaitu keris. Ini cuma kisah-kisah introduksi sebelum akhirnya saya mendapatkan keris dari pedagang keris. Insyaallah bersambung.
Minat terhadap keris
Sebagai cucu kesayangan, saya bertuah kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan datuk saya sebelah ibu, dari keturunan Jawa, bernama Kyai Haji Sudirman. Beliau merupakan seorang guru agama yg mengajar di rumahnya sendiri, sementara nenek saya pula bernama Nyai Markini merupakan seorang bidan kampung. Datuk saya mempunyai sebilah keris pusaka berdapor lurus, dan dari masa kesemasa saya berpeluang melihat beliau mengasam limau kerisnya. Dari situ timbulnya minat terhadap senjata tradisional Jawa ini. Rakan rapat datuk saya yang bernama Kyai Marsan selalu juga datang pada masa-masa tertentu dengan membawa keris berloknya (tak ingat lok berapa). Apa yang saya ingat, dia berkerja dengan Jabatan Perparitan pada masa tersebut. Beliau pula suka menceritakan pengalaman-pengalamannya semasa bersama para pekerja dalam melaksanakan projek-projek saliran hingga ke dalam hutan. Dan pada sepanjang masa bertugas, menurut beliau, keris setiap masa tersisip di pinggangnya.Ditambah pula dgn tayangan di TV cerita-cerita purbakala yang dibintangi oleh Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Yusuf Latif dan ramai lagi, minat terhadap keris semakin meningkat. Seringkali juga saya mengikut bapa saya ke gelanggang silat (kalau tak salah, silat Camandi). Walaupun sudah beranak pinak, bapa saya suka mengulang bangsal dengan guru yang sama bersama rakan-rakan beliau.Selepas kematian datuk saya dalam tahun 1984 ketika berusia lebih 100 tahun, keris pesaka beliau berpindah milik kepada Pak Cik tertua saya. Namun atas sebab-sebab tertentu (mungkin ada sedikit punca mistik???), keris tersebut diserahkan pula kepada adik beliau (anak ketiga). Dan pemegang keris ini sekarang pernah berjanji kepada saya untuk menyerahkan keris tersebut kepada saya apabila sampai waktunya kerana kebetulan saya merupakan anak ketiga juga, dan beliau hanya ada 2 anak. Dari pergaulan dengan orang-orang yang lebih tua itulah mulanya tertanam minat terhadap keris yang merupakan bukan sahaja senjata, bahkan lambang kesinambungan sesebuah keluarga. Pastinya dalam konteks yang lebih besar, keris juga merupakan lambang kedaulatan dan kuasa.
Subscribe to:
Comments (Atom)
