
Sebagai seorang pegawai wiraswasta yang bertugas dalam pelaksanaan undang-undang (Law Enforcement Officer), saya tidak dibenarkan membawa senjata api. Namun bagi menghadapi cabaran tugas seharian yang mungkin terpaksa berhadapan dengan penjenayah bersenjata, maka saya bawa juga senjata rahsia seperti kuku rimau. Amat jarang saya bawa senjata jenis lain. Badik kecil pula saya hadiahkan kepada isteri tercinta sebagai "Sipat Kandhel" dan pertahanan diri (jika perlu).
Sememangnya dari segi undang-undang, jangankan mengguna senjata seperti kuku rimau, bahkan menyimpan atau membawanya sudah dikira sebagai kesalahan yang besar di bawah akta senjata berjadual. Tetapi, cabaran kehidupan seharian masa kini adalah sesuatu yang sukar diramal. Bukan sahaja dalam tugas, tetapi semasa luar tugas juga keadaan mungkin lebih berbahaya. Acapkali tersiar di media berkenaan kes-kes seperti rompak, bunuh dan sebagainya. Dalam hampir semua kes-kes seperti itu, penjenayah sememangnya bersenjata. Untuk menentang penjenayah-penjenayah bersenjata ini, kita perlukan "equalizer", jika tidak, maka selamanyalah kita akan menjadi "lauk" yang lazat.
Untuk golongan wanita pula, ancaman penjenayah dalam kes-kes seperti ragut, bunuh dan culik semakin menjadi-jadi. Saya pernah mengingatkan isteri, supaya mempertahankan kehormatan dirinya sehingga ke titisan darah yang terakhir kerana saya sendiri pun akan mempertahankan maruahnya sehingga ketitisan darah yang terakhir. Oleh itu, saya sememangnya membekalkan isteri dengan senjata rahsia, disamping mengajarkan teknik-teknik pertahanan diri yang ringkas dan berkesan.
"IT'S BETTER TO BE JUDGED BY SIX THAN CARRIED BY SIX"

No comments:
Post a Comment