Wednesday, July 9, 2008

ANTARA GURU MURSYID & GURU MUNAFIK

Alhamdulillah, dapat juga kiranya saya menulis dalam blog di sini, walaupun site ini pada asalnya ingin saya ketengahkan kira2 setahun yang lalu. Entah bagaimana akhirnya dilorongkan oleh Allah SWT, hari ini Rabu tanggal 9 Julai 2008, saya menulis blog entry yg pertama.

Beberapa tahun yang lepas, melalui perhubungan internet, saya telah berkenalan dengan seorang yang saya panggil "S" sahaja di sini. Mulanya, berdasarkan apa yang si S tulis di forum-forum internet, saya menyangka beliau ini seorang yang berilmu tinggi, baik budi bahasa dsb. Mulanya persahabatan itu bolehlah dikatakan sebagai agak rapat juga, iyalah, bercakap dalam telefon kekadang sampai berjam-jam, email lagi, mahupun di forum2 internet.

Tidak lama kemudian, selepas berhubung dan berjumpa 'in person', maka bertambah akrablah perhubungan persahabatan kami.

Keadaan mula berubah apabila beliau tidak putus-putus membangga-banggakan keturunannya konon pada mulanya mengaku Jawa, kemudian mengaku pula Bugis, kemudian mengaku pula keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan. Tak cukup dengan itu, beliau ini mengaku pula keturunan Pattani dan seterusnya keturunan Ahlul Bait pula.

Saya sudah mula curiga akan perlakuan atau pengakuan hipokrit si S ini, tapi tidak mengapalah, saya hanya ingin berkawan, tak rugi satu sen pun saya kalau dia mengaku keturunan Bill Gates sekalipun. Entah macammana, si S ini memperkenalkan pula saya kepada guru ilmu perkerisannya yg berniaga senjata keris dan lain2 kepada saya di sebuah komplek membeli belah di PJ. Guru beliau yang saya panggil Cikgu Zack ini pada mulanya amat tertarik untuk menyampaikan ilmu perkerisan Melayu kepada saya, maklumlah, walaupun saya keturunan Jawa, hal ehwal ilmu perkerisan pada masa itu boleh dikatakan amat sedikit. Oleh kerana Cikgu Zack ini seorang peniaga keris dan senjata Melayu, maka beliau 'promote' keris Melayu terutamanya, habis-habisan sehingga menghentam pula keris-keris buatan Jawa terutamanya. Tapi masa nak menjual sebilah kerisnya yang "terhebat", beliau menawarkan pula sebilah keris Jawa Jangkung yg boleh berdiri...????? Banyak keris2 Bugis & Melayu yang beliau tawarkan, adalah saya beli beberapa bilah senjata (antik??) daripada beliau, yang tentunya berharga lebih seribu ringgit setiap satu. Oleh kerana minat terhadap senjata purba, serta kalau boleh ingin berbaik dengan seorang guru yang mursyid (bijakpandai), maka saya gagahkan juga membeli dari Cikgu Zack ini.

Fast forward sikit, entah macammana tetiba beliau mengatakan kepada S bahawa saya tidak layak untuk belajar daripada beliau - alasan yang tepat tidak diberikan, cuma tidak sesuai atau layak.

Saya masih juga bersabar, sudahlah menghentam keris-keris leluhur saya dan sekarang tak nak pula mengajar "rahsia" ilmu keris Melayu??? Tak mengapalah, pada saya, mungkin belum rezeki. Pastinya saya boleh mencari guru lain dan belajar sendiri melalui pembacaan dan interaksi dengan peminat senjata yang lain.

Apabila sudah ada pengetahuan sedikit sebanyak, akhirnya saya mendapat tahu bahawa barang antik yang dijualkan oleh Cikgu Zack kepada saya merupakan barang buatan baru yang dituakan. Jadilah saya seperti "Tipah Tertipu". Inilah dia orang yang mendakwa konon berilmu, bertaraf guru, tetapi MENIPU.

Harapan saya agar saudara2 yang berkongsi minat dengan saya ini supaya berhati-hati terhadap orang2 hipokrit - konon mahu melestarikan budaya perkerisan, sebaliknya keuntungan wang ringgit jualah tujuan utamanya.

7 comments:

KERIS X'change & Khazanah Nusantara said...

ya tuan.....sudah jadi juragan ya.....tuan ...boleh ambil saya jadi tukang gulung layarnya tuan.....tak pun tukang kemudi....kekekekekekk

Juragan Perang said...

hehehe...saja jer guna nama gah sikit, biar orang gerun...kononnyalah. Hmmmm... Maksud sebenarnya ialah war lord

AlamShah said...

Salam semua,
Tumpang lalu... saya hanya rakyat jelata... jangan diapa-apakan ya... wakakaka.

Rupa-rupanya tution fees bro mahal jugak ler... kalo dah beribu2 bintang mari.

Moral of the story, berhati-hati di jalanraya. Wassalam. :)

Juragan Perang said...

rasanya ag maisey pun pernah cakap macam tu...hehehe.....

Buat masa ni rasanya only selected few yg tau kewujudan site ni.... yg lain2 tu nasib je lah kalau terserempak......

AlamShah said...
This comment has been removed by the author.
AlamShah said...

Kalo kita anggap camtu, senang sikit hati... kalo kita cakap kena tipu, alahai! pedih rasanya.

Buang yg keruh ambih yg jernih, baru teguh peribadi.

Juragan Perang said...

benar sekali bro Alam, sememangnya kos pembelajaran bukan murah.....

I buried the hatchet long time ago, but the same cannot be said abt the other party, so I resurrected the hatchet for self defense.....