Wednesday, September 17, 2008

Silat Melayu

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini, kerana maklum sahajalah, kesibukan tugas dan juga sibuk "mencelah" di situs2 kawan2. Baru-baru ini juga tercetus semacam perdebatan mengenai adat & adab budaya Melayu, secara spesifiknya mengenai adab sembah pengantin. Dari dahulu saya sering melihat silat Melayu dalam ertikata keefektifannya dalam pertempuran, tanpa mengira aspek adab dan adat istiadat Melayu yang segalanya mempunyai falsafah. Sering sahaja saya tertarik dengan permainan tempur yang hebat, sehinggalah seorang sahabat menjelaskan bahawa adab Melayu mesti seiring dengan silat - agar dapat difahami falsafah budaya Melayu yang sebenarnya. Dan dalam usaha utk memahami falsafah disebalik adat & adab Melayu ini, kenalah mencari guru (termasuk buku2 rujukan, seminar dsb).Rasanya, diri ini masih terlalu lemah dan bodoh dlm memahami falsafah Melayu (apalagi falsafah Jawa yang dikatakan lebih rumit lagi). Mungkin kerana tidak didedahkan peradaban dan budaya Melayu ini dengan cara yang sebenar-benarnya. Mungkin tidak sempat mempelajarinya, atau tidak dilorongkan hati pada suatu masa dahulu untuk mengkajinya. Pastinya bukan saya seorang yang tidak tahu akan kehebatan falsafah Melayu ini, bahkan ramai lagi di luar sana yang bergelar atau mengaku Melayu, tetapi tidak pernah terfikir untuk mendalami adat budaya Melayu yang tulen.Pada hari Jumaat lepas (malam Sabtu), kebetulan semasa latihan silat di gelanggang Lok 9 di Sungai Buloh, kami dikejutkan dengan kedatangan pesilat-pesilat dari Belanda. Bukan terkejut dengan kehadiran mereka yang telah diberitahu sebelum ini, tetapi terkejut melihat semangat dan kegigihan mereka mempelajari tradisi permainan keris Melayu. Mereka lengkap berpakaian bak hulubalang Melayu, siap bersampin dengan keris tersisip kemas dan bertanjak. Sayangnya tiada gambar untuk tatapan di sini kerana bro Anakcurra sibuk mengambil gambar2 bagi pihak Cikgu Azlan dan wakil Belanda itu, jadi tak dapatlah beliau mengambil gambar2 bagi pihak saya.........Moralnya, kalau orang Eropah begitu beriya-iya mempelajari budaya Melayu, mengapa pula anak2 muda Melayu terlalu beriya-iya mengagungkan budaya rempit, hip-hop, akademi fantasia, jom heboh dsb. Dimana salahnya sistem pembelajaran kita ini baik di rumah atau di sekolah??? Dahulu saya pun remaja juga dan meminati hard rock groups spt Deep Purple, Pink Floyd, Irom Maiden, Bob Dylan dsb, tetapi rasanya tidak sefanatik anak2 muda sekarang yang rata2 buta adat budaya Melayu.Bukan untuk menuding jari, tetapi rasanya perlu satu sistem pembelajaran mengenai budaya seiring dengan mata pelajaran akademik. Mungkin aspek pembelajaran ini boleh diselitkan sebagai ko-kurikulum wajib utk anak2 kita? Mungkin ada pula yang tidak bersetuju kerana berpendapat baik kita tumpukan matapelajaran agama / fardu ain? Pada saya, pelajaran agama dan budaya itu sama penting dalam membenteras budaya kurang sihat di kalangan remaja. Agama adalah utk amalan bagi membentuk sahsiah terbaik seseorang individu, sementara budaya pula adalah identiti sesuatu bangsa itu. Jangan pula suatu masa nanti anak cucu kita terpaksa mempelajari budaya sendiri dari orang asing, atau mempelajari permainan keris dari orang Eropah.....

No comments:

Post a Comment