ASSALAMUALAIKUM.... Site ini merupakan kisah-kisah suka duka serta liku-liku perjalanan hidupku. Bagaimanapun, kisah-kisah atau perkara yang akan dipaparkan secara lebih kerap (majoriti) ialah cerita mengenai KERIS, BADIK, KERAMBIT, SILAT dan lain-lain hal yang berkaitan
Wednesday, September 17, 2008
Pedagang Keris
Saya orang KL, maka semasa hendak mencari keris untuk dipinang, di KL jugak lah bermulanya pencarian. Diawal pembabitan menyimpan keris, tujuan utamanya tentulah sebagai senjata cum sipat kandel. maklumlah, ketika itu, nature of work amat mencabar sekali.Keris pertama saya beli ialah sebilah keris lok 7, buatan Kelantan (keris baru) yg dijual di Central Market. Oleh kerana pertama kali membeli sebilah keris di kedai, maka sudah tentu awal2 lagi saya dah kena sembelih. Sebilah keris baru kategori kodian lok 7 dgn mata sepanjang lebih kurang 8 inchi saya beli dgn harga RM 500.00. Tanpa bimbingan samada rakan atau guru, saya terbeli keris yang hanya selayaknya digunakan oleh Mak Andam. Bila dah tau, saya larungkan aje di gaung sebelah rumah di Bkt Tunku. Sebenarnya perkataan larung kurang sesuai, kerana pada masa tersebut, oleh kerana panik dan takut melihat pocong terlompat2 di atas daun pokok pisang, maka keris dlm genggaman saya lontarkan kearah objek yang disangka pocong itu. Pocong pun menghilang, keris pun sama ghaib. Tak berani saya turun ke gaung separa hutan itu semata-mata hendak mencari keris itu semula.Keris kedua pula adalah hasil dari tempahan berdasarkan rekabentuk yang saya cipta sendiri. Oleh kerana buta keris, reka bentuk tersebut bolehlah dikategorikan sebagai "keris like object" kerana dibahagian pangkal mata keris tiada berganja, tiada greneng, atau perabut lain. Bentuknya seakan-akan dapor sepang. Harga yang saya bayar sebanyak RM 400.00 namun akhirnya seorang hamba Allah membelinya pula dari saya dengan harga RM 100.00. Itupun dah kira cukup baik punya harga.Selepas 2 bilah keris yang saya anggap merugikan, saya tertumpu kepada senjata-senjata lainnya. Payah benar nak main keris, jadi saya tumpukan pulak pada tumbuk lada, siwah dan badik. Kata orang kira playsafe la tu. Entah macammana, akhirnya minat terhadap senjata tradisi hilang begitu sahaja selepas saya berhenti kerja dalam bidang pembinaan. Minat pergi kat lain pulak......minat sarung keris je, banyak juga koleksinya....Selepas mendapat rezeki di sebuah institusi pengajian tinggi, dimana segala kemudahan internet disediakan secara otomatik, minat terhadap keris timbul semula hasil dari melayari websites seperti Malay Art Gallery dan Pak Hidayat. Pembabitan secara langsung dalam forum2 seperti Kampungnet dan Vikingsword menambah lagi minat tersebut. Walaupun masih tertipu beberapa kali walaupun setelah mempelajari sedikit sebanyak ilmu keris, saya tidak jeran. Maklum saja lah, pedagang keris pun nak untung jugak, jadi temberang kelentong segala kadang membawa duka. Namun, ingin saya ucapkan syabas & terima kasih kepada saudara Adni - 2 bilah yang dibeli dari beliau merupakan authentik. Ada jugak saya ke Amcorp Mall pada hari Ahad. Ada beberapa bilah saya beli di sana termasuk dari seseorang yang mendakwa hebat dalam keris Melayu.....kena tipu jugak....heran betullah saya terhadap orang yang saya sangka tinggi ilmunya dan jujur pula, sanggup menjual sebilah keris kodian (buatan Madura agaknya walaupun mirip kpd keris Bugis) dgn harga RM 1,500.00. Penjual-penjual yang lain di situ pun 2 x 5 sahaja. Kalau setakat nak tengok2 je di Amcorp tu boleh lah, nak beli, kena berhati-hati. Rasanya tak sampai 20% keris2 yang dijual benar2 authentic antique.Ada jugak sesetengah rakan sendiri menjadi pedagang sambilan atau broker keris-keris yang boleh dikategorikan sebagai authentic. Tapi, untung nak lebih gila2. "Ko ingat aku cop duit ko?" Bila tak jadi beli, atau banyak tanya, dgn tiba2 sahaja hubungan sebagai sahabat menjadi renggang. Dan yang paling kelakar sekali, adalah seorang pedagang keris itu bila kita approach je, terus bermati-matian mengutuk keris Jawa, dan kononnya menggalakkan saya (atau pembeli lain) agar menjunjung keris Melayu. Kok ye pun, tanya la dulu dgn sapa dia bercakap - tak aleh2, orang yang berada di depannya dari keturunan Jawa walaupun ada IC Malaysia. Tak ke malu sendiri tu, ihihihih. Kemudian tiba2 je dia promote pulak satu keris Jawa yang boleh didirikan, sebagai keris yang amat direkomendasikan. Ini masalah mental multiple personality ke apa? Ada macam2 lagi cerita mengenai pedagang keris ini, insyallah saya sambung lagi jika ada rezeki masa. Akirul kalam, Wassalamu Alaikum WBRTH
No comments:
Post a Comment