Wednesday, September 17, 2008

Masih Relevankah Keris...???

Acapkali di kalangan pencinta keris, sering dimomokkan dengan kata2 sinis dari para skeptik dari kalangan Melayu juga - zaman ni org tak pakai keris lagi, pakai senapang, pistol sekali petik berceporan lari orang yang pegang keris...... Kadangkala masuk akal juga kata2 itu, tetapi jika dikaji dari sudut seni, budaya bahkan praktikalitinya, maka mampu saja kita menjawab, jikalau mau.Kita mengumpul keris dan senjata purba lain bukan sekadar utk digunakan sebagaimana yg telah tercetak di minda para skeptik ini, iaitu semata-mata senjata tikam. Skeptik lain pula ramai yg mengatakan barang2 itu sebagai berpuaka - sempit sungguh pandangan orang2 semacam ini, termasuk yang mendakwa kononnya berilmu tinggi dalam bidang agama. Termasuk Tn Emjay:Mengapa tidak dikaji sejarahnya, teknologinya, seni budayanya, falsafahnya dan sudut penggunaan praktikalitinya??Kali ini saya cuma ingin menulis mengenai sudut praktikaliti senjata andalan seperti keris kerana dari sudut2 lain telah banyak ditulis sebelum ini. Cuma minda2 jumud yang masih tidak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Cerita ini berkisar dari pengalaman saya sendiri supaya sama2 dapat dikongsi - jika buruk, jadikan sempadan, jika bermanafaat, jadikanlah teladan.Tahun 2003, saya tinggal di pinggir bandar KL, iaitu di Selayang, satu kawasan yang terkenal dengan pasar borongnya. Saya tinggal di sebuah rumah teres yang dikapit oleh dua peniaga berbangsa Cina yang merupakan peniaga di pasar borong. Umum mengetahui betapa kasar dan "uneducatednya" kebanyakan peniaga & pekerja pasar borong yg terdiri dari peniaga sayuran, ikan, daging dsb baik dari segi percakapan atau perbuatan. Pergaduhan sesama mereka (terutama pekerja dari Myanmar, Burma, Indonesia, Bangladesh dll) memang kerap berlaku. Setakat berita ada orang kena tetak dan tikam adalah perkara yang amat lazim. Mereka ini boleh dikatakan "fighter" yang tegar......Nak dijadikan cerita, jiran saya di Selayang itu membela beberapa ekor anjing yang pada pendapat saya tidak berlesen, tidak dikawal (dgn leash) dan dibenarkan bebas berkeliaran. Kalau tak salah ada 5 ekor anjing kepunyaannya. Sudah beberapa kali telah saya beritahu kpd jiran saya ini agar mengawal anjing2nya supaya tidak menyalak tak kira masa, mengejar dan mengganggu pejalan kaki, dan yang paling menyakitkan hati ialah menyusup melalui bawah pintu pagar rumah saya lalu membuang najis di porch rumah saya. Namun, jiran saya ini buat-buat bodoh atau tuli.Suatu malam, ketika balik dari kerja, selepas meletak kereta di bahagian porch rumah, dengan kelam kabut saya mahu masuk ke rumah. Maklumlah, selepas seharian bekerja, rindu tak tertanggung terhadap anak2 dan isteri. Malang tidak berbau, saya telah terpijak "booby trap" hasil dari sumber asli anjing2 jiran saya itu. Apalagi, menagamuk dan menyumpah seranah sakanlah saya. Bayang anjing2 tu pulak tak nampak, mungkin sedang "meronda" di kawasan perumahan. Dendam kesumat saya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dengan berbekalkan sebatang kayu sepanjang hampir 2 meter, saya segera mencari anjing2 jiran yg mungkin terlibat dalam memasang "booby trap" tersebut. Saya terserempak dengan 2 ekor anjingnya yang kebetulan cuba menggertak saya dengan menyalak & menderam. Tanpa banyak soal saya terus membantai salah satu anjing tersebut dgn kayu - bertubi2 sementara yang seekor lagi melarikan diri. Teruk saya bantai anjing itu - terus mampus. Jiran2 yg lain nampak kejadian tersebut, dikalangan Melayu memang sokong 1000%, dan yang berbangsa Cina & India tak kurang juga yg meyokong kerana selama ini mereka juga turut menjadi mangsa "booby trap".Malam itu, kurang lebih jam 11, saya terdengar orang menjerit2 perkataan "Woi, Melayu bodoh, kalau lu tak keluar saya kasi pecah lu punya pintu...." sambil menggegarkan pintu pagar saya. Saya jenguk melalui tingkap rumah, dan saya nampak jiran saya itu bersama anak lelakinya (rasanya dlm usia 20an) cuba memecah masuk pintu pagar rumah sambil kedua-duanya memegang parang, seperti model martindale machet. Isteri saya sudah panik dan ketakutan, saya pun sama, cuma tak boleh tunjuk muka takut depan isteri. Kami berdua lantaran panik, tidak pula teringat hendak menelefon Polis. Cuma yang saya ingat saya berkata separuh berbisik kpd isteri... "Yang, ambikkan keris I tu......".Dengan keris Bugis Lok 7 yg sudah siap terhunus saya bukak pintu rumah walaupun isteri merayu supaya jangan keluar. Elok sahaja saya berhadapan dgn mereka yg masih berada di luar pagar rumah, keris saya angkat tinggi dan menanya.... "Apa lu mau.... Lu mau inikah". Apa yang terjadi selepas itu memang memeranjatkan saya. Kedua-dua samseng pasar borong itu terus cabut lari balik rumah. Saya sangkakan mereka mau memanggil lebih ramai lagi konco2 utk menyerbu, tetapi rumah mereka terus ditutup rapat. Saya telefon seorang sahabat akrab saya yang kemudiannya tiba 20 minit kemudian, siap dengan sundang pendeknya...... Tetapi malangnya, tiada apa2 yang berlaku selepas itu.Nah.... Itu satu contoh praktikaliti keris.... kalaulah saya keluar dengan parang malam itu, rasanya saya tidak akan mampu menulis cerita ini di multiply, atau lebih buruk lagi, tiada di kalangan bloggers multiply yang pernah dengar nama "Harizant", atau forumers di harmoni mendengar nama "Jakasombong", atau di Vikingsword mendengar nama "PenangsangII".

No comments: