Friday, July 1, 2011

keris Pusaka - Kanjeng Kyai Selangor



Pusaka peribadi

Dapur : Pendawa Cinarita / Luk 5
Pamor : keleng
Tangguh : Mataram Akhir / Amangkuratan
Kesan : Satria Pinandita
Angsar : Kewibawaan

Friday, February 20, 2009

Istiadat Pertabalan Jin

ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN) TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga BagindaPada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana. Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

Tuesday, November 11, 2008

Kerajaan Melayu Champa dan Jawa

Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.
Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.
Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.
Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.
Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.
Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.
Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.
Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Tahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.
Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara
Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.
Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.
Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.
Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.
Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.
Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.
Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.
Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.
Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.
Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).
Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.
Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.

Wednesday, September 17, 2008

Masih Relevankah Keris...???

Acapkali di kalangan pencinta keris, sering dimomokkan dengan kata2 sinis dari para skeptik dari kalangan Melayu juga - zaman ni org tak pakai keris lagi, pakai senapang, pistol sekali petik berceporan lari orang yang pegang keris...... Kadangkala masuk akal juga kata2 itu, tetapi jika dikaji dari sudut seni, budaya bahkan praktikalitinya, maka mampu saja kita menjawab, jikalau mau.Kita mengumpul keris dan senjata purba lain bukan sekadar utk digunakan sebagaimana yg telah tercetak di minda para skeptik ini, iaitu semata-mata senjata tikam. Skeptik lain pula ramai yg mengatakan barang2 itu sebagai berpuaka - sempit sungguh pandangan orang2 semacam ini, termasuk yang mendakwa kononnya berilmu tinggi dalam bidang agama. Termasuk Tn Emjay:Mengapa tidak dikaji sejarahnya, teknologinya, seni budayanya, falsafahnya dan sudut penggunaan praktikalitinya??Kali ini saya cuma ingin menulis mengenai sudut praktikaliti senjata andalan seperti keris kerana dari sudut2 lain telah banyak ditulis sebelum ini. Cuma minda2 jumud yang masih tidak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Cerita ini berkisar dari pengalaman saya sendiri supaya sama2 dapat dikongsi - jika buruk, jadikan sempadan, jika bermanafaat, jadikanlah teladan.Tahun 2003, saya tinggal di pinggir bandar KL, iaitu di Selayang, satu kawasan yang terkenal dengan pasar borongnya. Saya tinggal di sebuah rumah teres yang dikapit oleh dua peniaga berbangsa Cina yang merupakan peniaga di pasar borong. Umum mengetahui betapa kasar dan "uneducatednya" kebanyakan peniaga & pekerja pasar borong yg terdiri dari peniaga sayuran, ikan, daging dsb baik dari segi percakapan atau perbuatan. Pergaduhan sesama mereka (terutama pekerja dari Myanmar, Burma, Indonesia, Bangladesh dll) memang kerap berlaku. Setakat berita ada orang kena tetak dan tikam adalah perkara yang amat lazim. Mereka ini boleh dikatakan "fighter" yang tegar......Nak dijadikan cerita, jiran saya di Selayang itu membela beberapa ekor anjing yang pada pendapat saya tidak berlesen, tidak dikawal (dgn leash) dan dibenarkan bebas berkeliaran. Kalau tak salah ada 5 ekor anjing kepunyaannya. Sudah beberapa kali telah saya beritahu kpd jiran saya ini agar mengawal anjing2nya supaya tidak menyalak tak kira masa, mengejar dan mengganggu pejalan kaki, dan yang paling menyakitkan hati ialah menyusup melalui bawah pintu pagar rumah saya lalu membuang najis di porch rumah saya. Namun, jiran saya ini buat-buat bodoh atau tuli.Suatu malam, ketika balik dari kerja, selepas meletak kereta di bahagian porch rumah, dengan kelam kabut saya mahu masuk ke rumah. Maklumlah, selepas seharian bekerja, rindu tak tertanggung terhadap anak2 dan isteri. Malang tidak berbau, saya telah terpijak "booby trap" hasil dari sumber asli anjing2 jiran saya itu. Apalagi, menagamuk dan menyumpah seranah sakanlah saya. Bayang anjing2 tu pulak tak nampak, mungkin sedang "meronda" di kawasan perumahan. Dendam kesumat saya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dengan berbekalkan sebatang kayu sepanjang hampir 2 meter, saya segera mencari anjing2 jiran yg mungkin terlibat dalam memasang "booby trap" tersebut. Saya terserempak dengan 2 ekor anjingnya yang kebetulan cuba menggertak saya dengan menyalak & menderam. Tanpa banyak soal saya terus membantai salah satu anjing tersebut dgn kayu - bertubi2 sementara yang seekor lagi melarikan diri. Teruk saya bantai anjing itu - terus mampus. Jiran2 yg lain nampak kejadian tersebut, dikalangan Melayu memang sokong 1000%, dan yang berbangsa Cina & India tak kurang juga yg meyokong kerana selama ini mereka juga turut menjadi mangsa "booby trap".Malam itu, kurang lebih jam 11, saya terdengar orang menjerit2 perkataan "Woi, Melayu bodoh, kalau lu tak keluar saya kasi pecah lu punya pintu...." sambil menggegarkan pintu pagar saya. Saya jenguk melalui tingkap rumah, dan saya nampak jiran saya itu bersama anak lelakinya (rasanya dlm usia 20an) cuba memecah masuk pintu pagar rumah sambil kedua-duanya memegang parang, seperti model martindale machet. Isteri saya sudah panik dan ketakutan, saya pun sama, cuma tak boleh tunjuk muka takut depan isteri. Kami berdua lantaran panik, tidak pula teringat hendak menelefon Polis. Cuma yang saya ingat saya berkata separuh berbisik kpd isteri... "Yang, ambikkan keris I tu......".Dengan keris Bugis Lok 7 yg sudah siap terhunus saya bukak pintu rumah walaupun isteri merayu supaya jangan keluar. Elok sahaja saya berhadapan dgn mereka yg masih berada di luar pagar rumah, keris saya angkat tinggi dan menanya.... "Apa lu mau.... Lu mau inikah". Apa yang terjadi selepas itu memang memeranjatkan saya. Kedua-dua samseng pasar borong itu terus cabut lari balik rumah. Saya sangkakan mereka mau memanggil lebih ramai lagi konco2 utk menyerbu, tetapi rumah mereka terus ditutup rapat. Saya telefon seorang sahabat akrab saya yang kemudiannya tiba 20 minit kemudian, siap dengan sundang pendeknya...... Tetapi malangnya, tiada apa2 yang berlaku selepas itu.Nah.... Itu satu contoh praktikaliti keris.... kalaulah saya keluar dengan parang malam itu, rasanya saya tidak akan mampu menulis cerita ini di multiply, atau lebih buruk lagi, tiada di kalangan bloggers multiply yang pernah dengar nama "Harizant", atau forumers di harmoni mendengar nama "Jakasombong", atau di Vikingsword mendengar nama "PenangsangII".

Dolak daleh Pengaku Keturunan Hebat

3 bulan yang lepas, tanpa saya sendiri sangka2, ayahanda saya mengajak saya sekeluarga ke Kudus, Jawa Tengah untuk menjenguk sedara mara sebelah bapanya. Sebelum ini pernah saya ikut beliau ke Ujung Pandang, Sulawesi bagi menziarahi kaum keluarga sebelah ibunya.Sesampainya kami sekeluarga di sana maka bermulalah episod2 yg agak menjemukan, sebagaimana yg saya telah agak dari mula lagi. Ialah, sepupu ayahanda saya mentadbir satu pesantren yg sememangnya mendapat pembiayaan dana dari ayahanda saya itu. Hiburan yg ada cumalah pengajian2 ilmu usuluddin, Fiqh, usul fiqh, bahasa Arab, Ayat & Hadis dll yg sewaktu dgnnya.Saya agak bernasib baik kerana salah seorang murid pesantren bersetuju utk menjadi pemandu pelancong, namun yg menjadi masalahnya, rata2 murid pesantren sebenarnya tidak berpeluang ke kawasan2 pelancongan, mahu pun ke bandar yg berdekatan. Masalahnya cuma satu - ketidakcukupan biaya. Bahkan, untuk pergi ke bandar Semarang, Jateng, setahun sekali pun masih belum tentu bagi mereka ini.Terpaksalah saya hanya berpuashati melawat Mesjid Agung Demak di Kadilangu. Di masjid tersebut secara kebetulan pemandu pelancong saya terserempak dgn pamannya, yang mendakwa mempunyai talian langsung dgn Pangeran Diponegoro. Macam biasa, apabila mendengar nama tokoh2 pahlawan silam, sebagai peminat keris, saya lantas bertanya mengenai keris Pangeran Diponegoro. Entah apa yg melorong pamannya itu, tiba2 beliau mengajak kami berdua ke rumahnya yg terletak kira2 3 KM dari Masjid Demak itu.Ketika berada di rumahnya, paman pemandu pelancong saya itu masuk sebentar ke satu bilik khas, dan keluar kira2 5 minit kemudian dgn membawa sebilah keris yg masih berada di dalam singepnya. Masyaallah, sebaik sahaja keris tersebut dikeluarkan dari singepnya, tetapi masih berada dlm warangkanya - tiba2 berdiri tegak segala bulu roma, dgn rasa sejuk bercampur baur panas, rasanya adrenalin rush semuanya menuju ke kepala. Keris tersebut bersarung ala gayaman, dgn hulu mungkin jenis yudawinatan. Melihat keadaan saya tersebut, paman kpd murid pesantren yg menjadi pemandu pelancong saya, tiba2 tunduk berteleku, seraya mengingsut mendekati saya sambil kedua2 tangannya membopong keris Pangeran Diponegoro itu. "Raden, inilah keris leluhurmu yg menjadi amanah kepada ku sehingga di suatu saat titisan Kanjeng Pangeran akan kembali menuntutnya...."Saya jadi bungkam...dengan terketar2 (perasaan bercampur baur, antara gembira, terkejut, takut, berbelah bagi....) saya menyambut keris tersebut. Tidak saya menduga perjalanan ke Tanah Jawa pada kali ini membutuhkan satu cerita yg selama ini terpendam.........HEHEHEHE.......2 perenggan yg terakhir itu sebenarnya khayalan saya shj...... Saja layan2 org perasan konon keturunan tokoh2 hebat.....

Silat Melayu

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini, kerana maklum sahajalah, kesibukan tugas dan juga sibuk "mencelah" di situs2 kawan2. Baru-baru ini juga tercetus semacam perdebatan mengenai adat & adab budaya Melayu, secara spesifiknya mengenai adab sembah pengantin. Dari dahulu saya sering melihat silat Melayu dalam ertikata keefektifannya dalam pertempuran, tanpa mengira aspek adab dan adat istiadat Melayu yang segalanya mempunyai falsafah. Sering sahaja saya tertarik dengan permainan tempur yang hebat, sehinggalah seorang sahabat menjelaskan bahawa adab Melayu mesti seiring dengan silat - agar dapat difahami falsafah budaya Melayu yang sebenarnya. Dan dalam usaha utk memahami falsafah disebalik adat & adab Melayu ini, kenalah mencari guru (termasuk buku2 rujukan, seminar dsb).Rasanya, diri ini masih terlalu lemah dan bodoh dlm memahami falsafah Melayu (apalagi falsafah Jawa yang dikatakan lebih rumit lagi). Mungkin kerana tidak didedahkan peradaban dan budaya Melayu ini dengan cara yang sebenar-benarnya. Mungkin tidak sempat mempelajarinya, atau tidak dilorongkan hati pada suatu masa dahulu untuk mengkajinya. Pastinya bukan saya seorang yang tidak tahu akan kehebatan falsafah Melayu ini, bahkan ramai lagi di luar sana yang bergelar atau mengaku Melayu, tetapi tidak pernah terfikir untuk mendalami adat budaya Melayu yang tulen.Pada hari Jumaat lepas (malam Sabtu), kebetulan semasa latihan silat di gelanggang Lok 9 di Sungai Buloh, kami dikejutkan dengan kedatangan pesilat-pesilat dari Belanda. Bukan terkejut dengan kehadiran mereka yang telah diberitahu sebelum ini, tetapi terkejut melihat semangat dan kegigihan mereka mempelajari tradisi permainan keris Melayu. Mereka lengkap berpakaian bak hulubalang Melayu, siap bersampin dengan keris tersisip kemas dan bertanjak. Sayangnya tiada gambar untuk tatapan di sini kerana bro Anakcurra sibuk mengambil gambar2 bagi pihak Cikgu Azlan dan wakil Belanda itu, jadi tak dapatlah beliau mengambil gambar2 bagi pihak saya.........Moralnya, kalau orang Eropah begitu beriya-iya mempelajari budaya Melayu, mengapa pula anak2 muda Melayu terlalu beriya-iya mengagungkan budaya rempit, hip-hop, akademi fantasia, jom heboh dsb. Dimana salahnya sistem pembelajaran kita ini baik di rumah atau di sekolah??? Dahulu saya pun remaja juga dan meminati hard rock groups spt Deep Purple, Pink Floyd, Irom Maiden, Bob Dylan dsb, tetapi rasanya tidak sefanatik anak2 muda sekarang yang rata2 buta adat budaya Melayu.Bukan untuk menuding jari, tetapi rasanya perlu satu sistem pembelajaran mengenai budaya seiring dengan mata pelajaran akademik. Mungkin aspek pembelajaran ini boleh diselitkan sebagai ko-kurikulum wajib utk anak2 kita? Mungkin ada pula yang tidak bersetuju kerana berpendapat baik kita tumpukan matapelajaran agama / fardu ain? Pada saya, pelajaran agama dan budaya itu sama penting dalam membenteras budaya kurang sihat di kalangan remaja. Agama adalah utk amalan bagi membentuk sahsiah terbaik seseorang individu, sementara budaya pula adalah identiti sesuatu bangsa itu. Jangan pula suatu masa nanti anak cucu kita terpaksa mempelajari budaya sendiri dari orang asing, atau mempelajari permainan keris dari orang Eropah.....

Pedagang Keris

Saya orang KL, maka semasa hendak mencari keris untuk dipinang, di KL jugak lah bermulanya pencarian. Diawal pembabitan menyimpan keris, tujuan utamanya tentulah sebagai senjata cum sipat kandel. maklumlah, ketika itu, nature of work amat mencabar sekali.Keris pertama saya beli ialah sebilah keris lok 7, buatan Kelantan (keris baru) yg dijual di Central Market. Oleh kerana pertama kali membeli sebilah keris di kedai, maka sudah tentu awal2 lagi saya dah kena sembelih. Sebilah keris baru kategori kodian lok 7 dgn mata sepanjang lebih kurang 8 inchi saya beli dgn harga RM 500.00. Tanpa bimbingan samada rakan atau guru, saya terbeli keris yang hanya selayaknya digunakan oleh Mak Andam. Bila dah tau, saya larungkan aje di gaung sebelah rumah di Bkt Tunku. Sebenarnya perkataan larung kurang sesuai, kerana pada masa tersebut, oleh kerana panik dan takut melihat pocong terlompat2 di atas daun pokok pisang, maka keris dlm genggaman saya lontarkan kearah objek yang disangka pocong itu. Pocong pun menghilang, keris pun sama ghaib. Tak berani saya turun ke gaung separa hutan itu semata-mata hendak mencari keris itu semula.Keris kedua pula adalah hasil dari tempahan berdasarkan rekabentuk yang saya cipta sendiri. Oleh kerana buta keris, reka bentuk tersebut bolehlah dikategorikan sebagai "keris like object" kerana dibahagian pangkal mata keris tiada berganja, tiada greneng, atau perabut lain. Bentuknya seakan-akan dapor sepang. Harga yang saya bayar sebanyak RM 400.00 namun akhirnya seorang hamba Allah membelinya pula dari saya dengan harga RM 100.00. Itupun dah kira cukup baik punya harga.Selepas 2 bilah keris yang saya anggap merugikan, saya tertumpu kepada senjata-senjata lainnya. Payah benar nak main keris, jadi saya tumpukan pulak pada tumbuk lada, siwah dan badik. Kata orang kira playsafe la tu. Entah macammana, akhirnya minat terhadap senjata tradisi hilang begitu sahaja selepas saya berhenti kerja dalam bidang pembinaan. Minat pergi kat lain pulak......minat sarung keris je, banyak juga koleksinya....Selepas mendapat rezeki di sebuah institusi pengajian tinggi, dimana segala kemudahan internet disediakan secara otomatik, minat terhadap keris timbul semula hasil dari melayari websites seperti Malay Art Gallery dan Pak Hidayat. Pembabitan secara langsung dalam forum2 seperti Kampungnet dan Vikingsword menambah lagi minat tersebut. Walaupun masih tertipu beberapa kali walaupun setelah mempelajari sedikit sebanyak ilmu keris, saya tidak jeran. Maklum saja lah, pedagang keris pun nak untung jugak, jadi temberang kelentong segala kadang membawa duka. Namun, ingin saya ucapkan syabas & terima kasih kepada saudara Adni - 2 bilah yang dibeli dari beliau merupakan authentik. Ada jugak saya ke Amcorp Mall pada hari Ahad. Ada beberapa bilah saya beli di sana termasuk dari seseorang yang mendakwa hebat dalam keris Melayu.....kena tipu jugak....heran betullah saya terhadap orang yang saya sangka tinggi ilmunya dan jujur pula, sanggup menjual sebilah keris kodian (buatan Madura agaknya walaupun mirip kpd keris Bugis) dgn harga RM 1,500.00. Penjual-penjual yang lain di situ pun 2 x 5 sahaja. Kalau setakat nak tengok2 je di Amcorp tu boleh lah, nak beli, kena berhati-hati. Rasanya tak sampai 20% keris2 yang dijual benar2 authentic antique.Ada jugak sesetengah rakan sendiri menjadi pedagang sambilan atau broker keris-keris yang boleh dikategorikan sebagai authentic. Tapi, untung nak lebih gila2. "Ko ingat aku cop duit ko?" Bila tak jadi beli, atau banyak tanya, dgn tiba2 sahaja hubungan sebagai sahabat menjadi renggang. Dan yang paling kelakar sekali, adalah seorang pedagang keris itu bila kita approach je, terus bermati-matian mengutuk keris Jawa, dan kononnya menggalakkan saya (atau pembeli lain) agar menjunjung keris Melayu. Kok ye pun, tanya la dulu dgn sapa dia bercakap - tak aleh2, orang yang berada di depannya dari keturunan Jawa walaupun ada IC Malaysia. Tak ke malu sendiri tu, ihihihih. Kemudian tiba2 je dia promote pulak satu keris Jawa yang boleh didirikan, sebagai keris yang amat direkomendasikan. Ini masalah mental multiple personality ke apa? Ada macam2 lagi cerita mengenai pedagang keris ini, insyallah saya sambung lagi jika ada rezeki masa. Akirul kalam, Wassalamu Alaikum WBRTH