Friday, July 11, 2008

Pisau Khukuri Biltong


UKURAN
Mata : 5" (12.5 cm)
Hulu : 3.5" (9 cm)
BAHAN
Mata : High Carbon Steel (Spring trak Mercedes)
Hulu : Kayu keras Nepal (?)
Sarung : Kayu dibaluti kulit kerbau
Khukuri Biltong mendapat nama dari perkataan "biltong" dalam bahasa Afrika Selatan bermaksud daging kering. Model Biltong ini banyak diekspot ke Afrika Selatan dan digunakan di sana sebagai pisau pemotong daging kering yang sering di bawa oleh explorers di kawasan Savannah. Disamping itu, ianya baik untuk kegunaan melapah dan back up knife semasa aktiviti perkhemahan
HARGA: RM 120.00

Thursday, July 10, 2008

Pisau Khukuri


UKURAN (INCHI/CM)
Hulu : 4.5" (11.5 cm)
Mata: 8.5" (21.5 cm)
BAHAN
Hulu : Tanduk kerbau
Mata : High Carbon Steel (Spring truck Mercedes)
Sarung : Kayu dibalut kulit kerbau siap dengan "loop"
Aksesori: Pisau kecil & Pengasah
Pisau khukuri ini diimport sepenuhnya dari Nepal. Mempunyai mata yg agak tebal & berat, tetapi amat tajam sehingga boleh digunakan utk mencukur bulu lengan. Amat sesuai utk kegunaan light camping dan sebagai senjata.
Harga : RM 150.00

Apabila Berkata Benar.......

Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi dari melakukan kesalahan atau dosa. Hanya rasulullah SAW sahaja yang ma'sum. Namun, sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, maka kenalah sedaya upaya mengelakkan diri dari melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar seperti membunuh dsb.

Antara dosa2 kecil yang hampir setiap kali kita lakukan samada sengaja atau tidak, ialah tidak bercakap benar atau dalam bahasa yang lebih lazim ialah bohong sunat - konon untuk menjaga hati sahabat.

Saya ini jenis yang suka berterus terang bak kata orang tu "calling a spade a spade". Boleh dikatakan saya ini jenis out-spoken kiranya. Sebaliknya apa yang saya dapat ialah lebih ramai orang yang tidak suka kepada saya. Hairannya mereka ini lebih suka bersahabat dengan orang hipokrit - di depan sikit punya baik, di belakang pula, Allah sahaja yang tahu.......

Tak mengapalah kalau orang tak suka dengan saya, saya kenalah belajar hidup sendiri - kiranya saya dah jadi orang solo atau one-man-show. Mungkin banyak rahmat di sebaliknya......

Senjata Rahsia / Peribadi


Sebagai seorang pegawai wiraswasta yang bertugas dalam pelaksanaan undang-undang (Law Enforcement Officer), saya tidak dibenarkan membawa senjata api. Namun bagi menghadapi cabaran tugas seharian yang mungkin terpaksa berhadapan dengan penjenayah bersenjata, maka saya bawa juga senjata rahsia seperti kuku rimau. Amat jarang saya bawa senjata jenis lain. Badik kecil pula saya hadiahkan kepada isteri tercinta sebagai "Sipat Kandhel" dan pertahanan diri (jika perlu).
Sememangnya dari segi undang-undang, jangankan mengguna senjata seperti kuku rimau, bahkan menyimpan atau membawanya sudah dikira sebagai kesalahan yang besar di bawah akta senjata berjadual. Tetapi, cabaran kehidupan seharian masa kini adalah sesuatu yang sukar diramal. Bukan sahaja dalam tugas, tetapi semasa luar tugas juga keadaan mungkin lebih berbahaya. Acapkali tersiar di media berkenaan kes-kes seperti rompak, bunuh dan sebagainya. Dalam hampir semua kes-kes seperti itu, penjenayah sememangnya bersenjata. Untuk menentang penjenayah-penjenayah bersenjata ini, kita perlukan "equalizer", jika tidak, maka selamanyalah kita akan menjadi "lauk" yang lazat.
Untuk golongan wanita pula, ancaman penjenayah dalam kes-kes seperti ragut, bunuh dan culik semakin menjadi-jadi. Saya pernah mengingatkan isteri, supaya mempertahankan kehormatan dirinya sehingga ke titisan darah yang terakhir kerana saya sendiri pun akan mempertahankan maruahnya sehingga ketitisan darah yang terakhir. Oleh itu, saya sememangnya membekalkan isteri dengan senjata rahsia, disamping mengajarkan teknik-teknik pertahanan diri yang ringkas dan berkesan.
"IT'S BETTER TO BE JUDGED BY SIX THAN CARRIED BY SIX"

Wednesday, July 9, 2008

ANTARA GURU MURSYID & GURU MUNAFIK

Alhamdulillah, dapat juga kiranya saya menulis dalam blog di sini, walaupun site ini pada asalnya ingin saya ketengahkan kira2 setahun yang lalu. Entah bagaimana akhirnya dilorongkan oleh Allah SWT, hari ini Rabu tanggal 9 Julai 2008, saya menulis blog entry yg pertama.

Beberapa tahun yang lepas, melalui perhubungan internet, saya telah berkenalan dengan seorang yang saya panggil "S" sahaja di sini. Mulanya, berdasarkan apa yang si S tulis di forum-forum internet, saya menyangka beliau ini seorang yang berilmu tinggi, baik budi bahasa dsb. Mulanya persahabatan itu bolehlah dikatakan sebagai agak rapat juga, iyalah, bercakap dalam telefon kekadang sampai berjam-jam, email lagi, mahupun di forum2 internet.

Tidak lama kemudian, selepas berhubung dan berjumpa 'in person', maka bertambah akrablah perhubungan persahabatan kami.

Keadaan mula berubah apabila beliau tidak putus-putus membangga-banggakan keturunannya konon pada mulanya mengaku Jawa, kemudian mengaku pula Bugis, kemudian mengaku pula keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan. Tak cukup dengan itu, beliau ini mengaku pula keturunan Pattani dan seterusnya keturunan Ahlul Bait pula.

Saya sudah mula curiga akan perlakuan atau pengakuan hipokrit si S ini, tapi tidak mengapalah, saya hanya ingin berkawan, tak rugi satu sen pun saya kalau dia mengaku keturunan Bill Gates sekalipun. Entah macammana, si S ini memperkenalkan pula saya kepada guru ilmu perkerisannya yg berniaga senjata keris dan lain2 kepada saya di sebuah komplek membeli belah di PJ. Guru beliau yang saya panggil Cikgu Zack ini pada mulanya amat tertarik untuk menyampaikan ilmu perkerisan Melayu kepada saya, maklumlah, walaupun saya keturunan Jawa, hal ehwal ilmu perkerisan pada masa itu boleh dikatakan amat sedikit. Oleh kerana Cikgu Zack ini seorang peniaga keris dan senjata Melayu, maka beliau 'promote' keris Melayu terutamanya, habis-habisan sehingga menghentam pula keris-keris buatan Jawa terutamanya. Tapi masa nak menjual sebilah kerisnya yang "terhebat", beliau menawarkan pula sebilah keris Jawa Jangkung yg boleh berdiri...????? Banyak keris2 Bugis & Melayu yang beliau tawarkan, adalah saya beli beberapa bilah senjata (antik??) daripada beliau, yang tentunya berharga lebih seribu ringgit setiap satu. Oleh kerana minat terhadap senjata purba, serta kalau boleh ingin berbaik dengan seorang guru yang mursyid (bijakpandai), maka saya gagahkan juga membeli dari Cikgu Zack ini.

Fast forward sikit, entah macammana tetiba beliau mengatakan kepada S bahawa saya tidak layak untuk belajar daripada beliau - alasan yang tepat tidak diberikan, cuma tidak sesuai atau layak.

Saya masih juga bersabar, sudahlah menghentam keris-keris leluhur saya dan sekarang tak nak pula mengajar "rahsia" ilmu keris Melayu??? Tak mengapalah, pada saya, mungkin belum rezeki. Pastinya saya boleh mencari guru lain dan belajar sendiri melalui pembacaan dan interaksi dengan peminat senjata yang lain.

Apabila sudah ada pengetahuan sedikit sebanyak, akhirnya saya mendapat tahu bahawa barang antik yang dijualkan oleh Cikgu Zack kepada saya merupakan barang buatan baru yang dituakan. Jadilah saya seperti "Tipah Tertipu". Inilah dia orang yang mendakwa konon berilmu, bertaraf guru, tetapi MENIPU.

Harapan saya agar saudara2 yang berkongsi minat dengan saya ini supaya berhati-hati terhadap orang2 hipokrit - konon mahu melestarikan budaya perkerisan, sebaliknya keuntungan wang ringgit jualah tujuan utamanya.